PKR anggap parti Mat Sabu umpama parti Cap Ayam.

Beberapa hari lalu Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan parti PAN bubar dan masuk PKR kerana kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana dan kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya.

Cadangan Afif itu bagaimanapun ditempelak oleh beberapa pemimpin PAN sambil mereka menyifatkan kenyataan tersebut hanyalah sindiran sinis, dan hanya bertujuan memalukan pemimpin-pemimpin PAN yang lebih senior dari pemimpin PKR.

Tapi sebenarnya, cadangan yang dikemukakan oleh Afif itu ada benarnya juga kerana PAN ketika ini bergelut dengan pelbagai masalah imej serta pendirian hinggakan rakyat sendiri tak memberi kepercayaan penuh terhadap parti pimpinan Mat Sabu itu.

Jika dinilai dari segi jumlah ahli, PAN jauh ketinggalan dari parti Bersatu yang didakwa sudah berjaya me’rekrut’ 50 ribu ahli setakat ini di seluruh negara. Manakala PAN pula masih kekal dibawah 30 ribu ahli walaupun disokong dan dipromosi oleh DAP.

Dengan situasi yang dihadapi oleh PAN sekarang ini, ramai penganalisis politik memberi pandangan bahawa parti PAN berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam keadaan ini, sudah tentu situasi pilihanraya umum nanti akan mendedahkan persaingan tiga penjuru diantara pelbagai parti pembangkang sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ini.

Lagipun, rakyat sudah melabelkan PAN sebagai ‘khadam’ DAP kerana prinsip PAN yang dilihat berubah-ubah serta lebih cenderung mengikut telunjuk DAP didalam segala hal. Oleh itu, kemasukan PAN ke dalam PKR akan menghapuskan tanggapan rakyat tersebut.

PAN juga sebenarnya tidak mempunyai hala tuju yang jelas biarpun sudah lama ditubuhkan berbanding dengan parti Bersatu. Perjuangan PAN sering bertembung dengan PKR didalam soal ‘multi cultural’ parti dan juga prinsip liberal yang cuba diterapkan didalam parti tersebut.

Percayalah, PAN yang ada sekarang ini takkan mempunyai kemampuan ataupun kekuatan untuk menarik ahli serta penyokong PAS untuk bersama-sama mendokong perjuangan, apatah lagi jika mahu membayangkan PAN menarik ahli dari UMNO untuk menyertai mereka.

Justeru itu, PAN tidak mempunyai pilihan lain selain dari membubarkan sahaja parti yang mereka anuti sekarang ini, serta melupakan saja cita-cita Mat Sabu untuk mengepalai parti melayu baru untuk menyaingi PAS.

Jika PAN malu sangat untuk menyertai PKR, pemimpin-pemimpin PAN boleh saja mengisi borang DAP secara senyap-senyap. Itu lebih baik dari hilang deposit semasa pilihanraya umum nanti..

2 thoughts on “PKR anggap parti Mat Sabu umpama parti Cap Ayam.

  • December 20, 2016 at 3:25 am
    Permalink

    Mat Sabu tak sedar diri yg partinya tak mendapat tempat di kalangan ph sendiri apatah lgi di kalangan rakyat. Lebih baik bubar drpd terus jdi terompah Dap.

    Reply
  • December 21, 2016 at 1:21 am
    Permalink

    PAN?…,,ada ke Parti PAN?…Amanah ada le dengar… buatla kajian sebelum menulis…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *