Guan Eng cuba tipu rakyat Pulau Pinang mengenai peruntukan sekolah cina.

Pulau Pinang, 12/01/2017 – Setiausaha MCA Pulau Pinang Tan Chuan Hong mempertahankan kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan pembiayaan lebih baik untuk sekolah-sekolah Cina di negeri ini berbanding dengan apa yang diberikan oleh DAP.

Chuan Hong juga mendakwa ‘sistem peruntukan institusi’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng sebenarnya ialah hanya peruntukan penyelenggaraan kemudahan sekolah.

“Setiap sekolah perlu memohon peruntukan tahunan dan penilaian perlu dibuat untuk membaiki sekolah. Tiada jumlah tetap peruntukan yang akan diberikan oleh kerajaan DAP , atau dana yang dijamin setiap tahun..”

“Jenis pembiayaan seperti ‘sistem peruntukan institusi’ ini adalah semata-mata satu pembohongan gaya Guan Eng. Sebaliknya, peruntukan kerajaan persekutuan adalah ‘sistem peruntukan institusi’ sebenar.

“Terdapat satu set panduan dan formula untuk mengklasifikasikan sekolah, bilangan pelajar bagi mengagihkan peruntukan harian dan bulanan mengikut sistem termasuk aktiviti ko-kurikulum, perpustakaan, dan gaji guru dan sebagainya,” katanya.

Chuan Hong juga menegaskan bahawa pembiayaan di bawah ‘sistem peruntukan institusi’ yang diperkenalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjadi kontroversi kerana ia menyebabkan peruntukan yang tidak sama rata di kalangan sekolah-sekolah vernakular.

Sistem kerajaan DAP itu juga tersasar jauh dari peranannya untuk membantu sekolah-sekolah dan telah membawa kepada masalah penilaian yang bersikap pilih kasih. Sekolah juga akan menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan negeri jika mereka tidak memohon pembiayaan dari kerajaan persekutuan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RM 50 juta dana khas yang diperuntukkan kepada sekolah-sekolah rendah Cina dan juga berjanji untuk memperuntukkan dana kepada sekolah-sekolah menengah Cina. Ia membuktikan bahawa MCA mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan sekolah-sekolah Cina dengan lebih cepat berbanding DAP.

Selain itu, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membuat kenyataan kebudak-budakan apabila menasihati kerajaan persekutuan agar meminjam wang daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membantu sekolah-sekolah Cina, juga dianggap sebagai perbuatan tidak matang.

Chuan Hong menegaskan, MCA selama ini telah bekerja keras untuk kemajuan sekolah Cina di negara ini khususnya di Pulau Pinang. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri Pulau Pinang juga mempunyai peruntukan tambahan disalurkan kepada sekolah yang memerlukan pada setiap tahun.

Beliau juga meragui sama ada Guan Eng meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan BN terdahulu di Pulau Pinang, dan hanya menukar nama ‘dana khas’ BN kepada ‘sistem peruntukan institusi’.. Jika benar Guan Eng meniru, ianya merupakan perbuatan yang sangat memalukan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *