8 juta manusia mati setahun akibat Rokok..

11/01/2017 – Walaupun umum telah mengetahui kesan buruk merokok namun bilangan perokok di seluruh dunia tidak menunjukkan angka penurunan. Malah, angka itu dilihat terus menaik setiap hari dan peratus perokok itu meningkat terutamanya di negara membangun.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati merokok boleh membunuh lebih daripada lapan juta orang setahun menjelang 2030.

Kajian yang dilakukan dengan kerjasama Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat itu tidak mengejutkan kerana umum sudah mengetahui tentang bahayanya rokok.

Hampir 80 peratus punca kematian yang berlaku di dunia puncanya adalah rokok. Kes ini dicatatkan paling tinggi di negara-negara yang berpendapat rendah dan sederhana.

Kematian yang tinggi pada perokok ini terjadi apabila terdapat penggunaan tembakau dalam rokok. Ketua Kawalan Unit Ekonomi tembakau melihat cara yang paling berkesan untuk mengurangkan jumlah perokok adalah dengan menaikkan cukai ke atas tembakau.

“Namun, ia juga adalah kaedah yang paling kurang digunakan untuk kawalan tembakau.

“Kebimbangan kerajaan mengendalikan hasil cukai tembakau akan menimbulkan kepada kerugian ekonomi yang tidak dibuktikan dengan jelas,” katanya.

Jika diarahkan perokok menjalani kempen berhenti merokok, peratus perokok akan berhenti adalah sangat sedikit. Perokok merasakan menghisap rokok itu dapat memberikan ketenangan. Malah ada juga yang menganggap rokok ibarat nyawa mereka. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *