Amar Baharin Berang Gambar Disalahguna

10/01/2017 Pasir Mas – Pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan nama mereka tanpa kebenaran untuk menganjurkan pertandingan di laman sosial Facebook.

Pertandingan tersebut telah di anjurkan oleh individu yang tidak dikenali tetapi telah menggunakan nama pasangan ini dan menjanjikan hadiah lumayan pada peminat pasangan ini jika mengikuti pertandingan terbabit.

Amar dan Amyra yang turut terkejut dengan penggunaan nama mereka telah menegaskan akan mengambil tindakan pada individu terbabit kerana telah menggunakan gambar dan nama mereka tanpa kebenaran untuk menarik perhatian ramai.

“Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris’.

“Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu,” katanya.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin juga telah menerima nasib yang sama apabila ada peniaga ubat perangsang seks telah menyalahguna gambarnya bersama suami sebagai melariskan produk jualan mereka.

Menggunakan nama atau gambar selebriti untuk melariskan produk sering terjadi. Salah satu dugaan yang perlu dilalui apabila sudah popular dan dikenali ramai. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *