Anak Perempuan Chef Wan pula dikatakan mahu bercerai?

25/01/2017 – Beberapa hari lepas netizen telah dikejutkan dengan khabar berita pelakon Hanez Suraya telah memfailkan cerai pada suaminya Romie.

Rumahtangga pasangan ini yang dilihat tampak bahagia telah membuatkan ramai yang terkejut mendengar berita itu.

Malah, sehingga kini Hanez masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media. Hanez dilihat mengambil langkah untuk berdiam diri dari menjawab segala soal.

Terbaharu, Serina Redzuawan iaitu anak kepada selebriti memasak Che Wan pula dikatakan telah menghadapi masalah rumah tangga. Ada pihak mendakwa Serina telah pun pergi ke mahkamah syariah untuk memfailkan permohonan cerai dengan suaminya.

“Ooo, hal itu. Ya masih dalam rundingan, nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi, doakan yang terbaik,” jawab Serina.

Tahun lalu, ada desas desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini. Serina mengucapkan terima kasih pada peminat kerana sentiasa memberi sokongan dalam memberi hari mendatang.

Serina telah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris iaitu Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *