Apa saja Rafizi cakap adalah benda lawak.

Kenapa la Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ni tak jadi pelawak saja agaknya? Tak pun masuk pertandingan Raja Lawak.., tak pun Lawak Solo. Confirm dengan mudahnya Rafizi boleh menang sebab apa sahaja yang dia cakap selama ini semuanya benda lawak.

Antara benda paling lawak yang pernah Rafizi buat adalah mengenai ‘bebanan hutang’ yang terpaksa ditanggung negara hasil daripada ‘kerakusan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.. Itu yang didakwa Rafizi konon Perdana Menteri akan banyak tinggalkan kenangan buruk kepada rakyat sepanjang pemerintahannya.

Kenangan yang dimaksudkan Rafizi adalah kenangan ‘bebanan hutang negara yang banyak’… Bertambah kelakar apabila Rafizi mendakwa selama ini Perdana Menteri sanggup berhutang demi menjalankan beberapa projek mega demi rakyat.

Haha! Lawak apa yang cuba Rafizi sampaikan ini?? Sejak bila Najib sanggup berhutang demi menjayakan projek mega di negara ini? Cerita lawak Rafizi seperti kos pembikinan tren MRT yang dikatakan bernilai RM100 bilion, berlipat kali ganda nilainya dari kos asal…, merupakan bukti antara lawak bodoh oleh Rafizi. Kerajaan berhutang demi menjalankan projek MRT…? Eshhh tak masuk akal langsung!

Bukan itu sahaja lawak bodoh yang pernah dilakukan Rafizi… Sebelum ini pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga pernah mendakwa Perdana Menteri songlap duit syarikat kerajaan iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan peribadi… Itu semua jenaka Rafizi.

Betul tak apa sahaja yang Rafizi cakap semuanya kelakar…? Itu belum lagi sebut pasal kereta api laju dan kereta api pantai timur. Eshhhh banyak lagi la perkara lawak dan kelakar yang pernah dilakukannya… Pernah sekali Rafizi mendakwa Najib telah meninggalkan beban hutang yang dahsyat yang akan diwarisi oleh anak cucu berpuluh tahun lamanya.

Haha! Bebanan hutang apa yang dimaksudkan Rafizi?? Jangan buat lawak la… Kalau takde bukti jangan sebarangan buat tuduhan. Kerana itu Gomez klasifikasikan segala cakap-cakap Rafizi ini sebagai bahan jenaka.

Kalau korang nak hilangkan stress korang boleh la layan lawak-lawak Rafizi ni. Kadang-kadang Gomez tengok Rafizi ni macam badut pulak sebab suka buat lawak. –TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *