Atikah Suhaime Dikritik Berpakaian Seksi

17/01/2017 Kuala Lumpur – Pelakon Atikah Suhaime memang cukup terkenal, mana tidaknya pada tahun 2016 lalu, Atikah adalah individu kedua paling dicari oleh pengguna internet di Malaysia menurut laporan oleh Google.

Atikah telah mendapat sorotan luar biasa itu berikutan isu foto lucahnya bersama pelakon lelaki Idris Khan. Mahu melupakan kisah hitam dalam hidupnya itu Atikah dilihat telah tampil dengan imej terbaharu.

Malah, ada pihak mendakwa imej terbaharu berambut pendek paras bahu ini kerana mahu membuang bala. Malah, imej berpakaian Atikah juga telah menarik perhatian netizen.

Bukan sahaja memotong rambut pendek paras bahu, menampil pakaian Atikah juga telah dikritik semakin singkat. Terbaharu, Atikah telah memuat naik beberapa keping foto penampilan baharunya itu di laman Instagram.

Ruang komen telah menjadi medan untuk individu menghakimi, mengkritik seseorang. Peminat masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan pakaian Atikah yang dianggap kurang sopan dan terlalu ketat.

Atikah juga telah menerima komen-komen lucah dari lelaki-lelaki miang di laman sosial.

Sementara itu, Atikah dilihat sudah semakin berani untuk tampil dengan berpakaian seksi semenjak isu foto bogelnya itu tersebar. Sebelum ini Atikah lebih dikenali berpewatakan wanita yang lemah lembut dan sopan. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *