Atikah Suhaime Potong Rambut kerana mahu Buang Bala Foto Lucah

12/01/2017 Kuala Lumpur – Atikah Suhaime mula menjadi perhatian netizen apabila isu foto lucah bersama seorang pelakon lelaki tahun lalu. Menjelang tahun baru ini dilihat Atikah sudah ingin melupakan dan memulakan hidup baharu.

Atikah sekali lagi telah mencuri perhatian apabila tampil dengan imej baharu. Pelakon kelahiran Singapura itu telah berambut pendek paras bahu dengan bentuk badan yang lebih langsing.

Namun begitu, ada pihak mendakwa imej baru yang cuba ditampilkan Atikah ini kerana mahu membuang ‘bala’ foto bogel yang telah tersebar itu. Namun, Atikah telah menafikan dakwaan itu tetapi imej yang ditampilkan ini sebagai satu cara untuk dirinya melupakan segalanya yang telah berlaku pada tahun lalu.

“Saya bukan hendak buang bala, jika [saya] berkata demikian orang akan kecam pula,” katanya kepada Kosmo! apabila dikaitkan penampilan baru itu dengan kontroversi tersebut.

“Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.

“Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu.” katanya.

Sementara itu, pelakon Tasha Shilla juga pernah dilanda kontroversi apabila sekeping foto separuh bogel telah tular dipercayai adalah milik wanita itu. Foto itu menunjukkan wanita itu selfie di hadapan cermin dengan hanya memakai seluar dalam.

Tidak lama selepas kontroversi selfie separuh bogel Tasha itu, pelakon itu juga didakwa telah tampil dengan imej terbaharu memotong rambut pendek paras bahu. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *