AWAS! Penyeluk Saku Digital Semakin Berleluasa

18/01/2017 Putrajaya – Baru-baru ini, netizen telah dikejutkan dengan satu video di laman sosial mendakwa bahawa maklumat kad debit yang mempunyai fungsi ‘Paywave’ mudah dicuri tanpa pengetahuan pemiliknya.

Menurut salah seorang lelaki di dalam video yang telah tular itu. Lelaki itu berkata aplikasi tersebut mudah didapati di Playstore atau App Store. Malah, perkara ini sekali lagi menimbulkan kekecohan pada netizen.

Namun begitu, adakah benar dakwa itu? Jika dakwaan ini adalah benar bermakna penyeluk saku secara digital akan semakin berleluasa. Aplikasi itu hanya perlu meletakkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak 1-5 meter.

“Alat pembaca gelombang radio boleh menyimpan transaksi sekitar RM300 sehingga RM1,500 tanpa memerlukan internet. Data kad bank yang diperolehi dari mangsa akan digunakan untuk aktiviti pemalsuan kad bank dan transaksi tanpa kebenaran,” kata sumber.

Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah dengan membeli kad anti gelombang radio atau membalut kad dengan kertad aluminium.

Untuk tidak mewujudkan suasana panik pada orang ramai. Seorang blog dikenali sebagai Amanz telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan. Menurut Amanz memang tidak dinafikan aplikasi itu dapat mengimbas kad debit.

Tetapi, applikasi itu memerlukan pengguna meletakkan kad betul-betul di belakang telefon. Jika kad debit berada dalam jarak 1-5 meter aplikasi itu memang tidak akan dapat membaca kad debit anda.

Selain itu, setiap transaksi pembayaran online juga memerlukan pengguna memasukkan kod yang dihantar ke telefon untuk mengesahkan sesuatu transaksi.

Diharap penjelasan ini sudah cukup membuktikan kad debit anda milik masih lagi selamat digunakan. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *