Bahri akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan??

Pakatan Harapan bukan sahaja sanggup mengutip orang-orang yang boleh dikatakan kecewa dengan diri sendiri. Malah mereka juga sanggup menjadikan individu yang tarik diri dari jawatan mereka… Untuk diangkat dan dijadikan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, dikatakan bukan sahaja bakal dikutip oleh Pakatan Harapan. Malah pakatan tersebut juga sanggup menjadi Bahri sebagai calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Anggota DAP, Abdul Aziz Bari berkata Pakatan Harapan patut memberi peluang kepada Bahri untuk menceburi dunia politik. Jika Bahri bersetuju dengan cadangan tersebut maka perkara tersebut tidak menjadi satu masalah bagi Pakatan Harapan.

Bahri sebelum ini membuat keputusan untuk bersara awal kerana rasa tidak puas hati kes SRC International tidak didakwa. Jika Bahri mahu dan sanggup maka Pakatan Harapan akan mempertimbangkan untuk memberi kerusi kepadanya pada pilihan raya umum.

Eshhhh… Sanggup betul Pakatan Harapan kosongkan kerusi demi Bahri. Mungkin dengan cara tersebut Pakatan Harapan beranggapan ia akan membuktikan bahawa tindakan Bahri untuk bersara awal adalah betul. Hanya dengan cara mereka boleh menghentam dan menyalahkan kerajaan.

Konon nak tunjuk yang dorang tu sokong untuk memerangi rasuah… Haha padahal pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri yang amalkan rasuah. Pakatan pembangkang sanggup mempergunakan Bahri demi mengburi mata rakyat… nak tunjuk konon dorang sokong keputusan bekas pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM tersebut.

Terdahulu, Bahri mengumumkan peletakan jawatannya konon kerana kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara membuat pendakwaan berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat SPRM. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *