Bapa Faiz Subri jadi mangsa politik macai pembangkang.

Bukan sahaja isu berkaitan dengan perkauman yang dipolitikkan oleh puak pembangkang… Lebih memalukan apabila ayah kepada pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 Faiz Subri, iaitu Subri Kader juga turut menjadi mangsa politik puak macai pembangkang.

Ada patut kejayaan yang dikecapi oleh Faiz dikaitkan dengan politik… Eshhh teruk betul geng macai pembangkang ni. Kalau iye pun nak berpolitik agak-agak la. Bila Faiz dah menang anugerah Puskas tu mula la geng pembangkang ni mengaku ayah Faiz tu sokong parti pembangkang.

Sebelum Faiz menang perkara ini tak timbul pun isu tersebut… Faiz menang sebagai mewakili satu Malaysia bukannya menang sebagai mewakili parti pembangkang. Jadi perkara tersebut sangat tidak sepatutnya dipolitikkan. Macai pembangkang mendakwa Faiz telah berjaya mengharumkan nama pembangkang kerana bapaknya adalah orang Parti Amanah Negara (PAN).

Subri Kader yang berusia 64 tahun itu dikatakan adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAN bahagian Jerlun. Jadi bagi macai pembangkang hanyalah penyokong pembangkang dan puak pembangkang sahaja yang layak meraikan kejayaan bersejarah yang dicipta Faiz.

Sangat menyedihkan… Ini lah jadinya kalau orang yang cetek akal tetapi nak berpolitik. Tak tahu nak bezakan mana satu isu yang boleh dipolitikkan dan mana satu yang tidak sesuai dipolitikkan. Apa yang paling kelakar apabila ada parti yang tak tahu malu sanggup nak tumpang populariti Faiz dan ayahnya pada ketika ini.

Tergelak Gomez apabila secara tiba-tiba geng Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) datang berkunjung ke rumah keluarga Faiz . Setakat berkunjung takpe lagi… Mungkin sebab nak ucapkan tahniah je. Tapi yang paling kelakar apabila dorang siap pacak bendera parti cap bunga tu kat depan rumah keluarga Faiz, haha!

Gila apa bila dah memang tiba-tiba pacak bendera depan rumah orang, nak cari populariti agaknya. Inilah jadinya kalau semua benda nak politikkan… Sampai tak tahu malu dan sanggup tumpang populariti orang lain, eshh malunya! -TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *