Bekas Suami Elly Mazlein lebih sibuk nak kahwin dari bayar nafkah anak..

 

Umum sudah mengetahui tentang perbalahan yang berlaku antara penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta. Walaupun telah sah bercerai pasangan masih lagi berbalah kenyataan di laman sosial.

Foto yang telah dimuat naik Elly di laman sosial baru-baru ini, seolah-olah menyindir bekas suaminya itu didakwa tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia dan memberi nafkah pada anaknya itu.

Setelah anaknya itu genap usia 10 bulan, Azmi hanya sekali datang melihat anaknya itu. Malah, Elly juga mendedahkan bekas suaminya tiu masih lagi tidak membayar duit bulanan nafkah sebanyak RM1,500 pada anaknya untuk bulan January.

Selain itu, Elly telah menyindir Azmi terlalu sibuk mencari duit untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang selebriti, Faye Kusairi sehingga lupa untuk memberi nafkah pada anaknya.

“Sampai hari ni si bapa tidak membayar lagi duit bulanan RM1500 untuk bulan January. Mungkin sibuk mencari duit kahwin dengan kakak ‘fake’ sampai terlupa duit untuk Sefhia. Tidak mengapa, kita bersangka baik.

“Mungkin juga masih tengah tidur, tidak mengapa anak kita sabar. Sudah masuk tahun 2017 mohon Azmi Hatta berubah. Mohon jangan lambat membayar nafkah Sefhia.

“Dengar sekarang tengah sibuk penggambaran drama, rumah sewa yang Azmi tengah menyewa sekarang pun dah di buat rumah untuk ‘shooting’ drama. Mohon jangan bagi alasan tidak ada duit ya,” tulisnya.

Elly dan Azmi telah berkahwin pada 9 November 2014, manakala keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Rumah tangga pasangan ini retak dikatakan kerana wujud orang ketiga iaitu Faye. Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac tahun lalu. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *