Bye-Bye PAS Dan Salleh Man!!



07/01/2017 – Hari ini Lim Guan Eng melantik 10 orang Pegawai Penyelaras Kawasan (PPK) bagi 10 kawasan DUN yang diwakili Wakil Rakyat Barisan Nasional. Kesemua mereka adalah wakil PKR dan PAN. Tiada seorang pun wakil PPBM.

Lim Guan Eng juga melantik 2 orang Penyelaras Khas, seorang untuk Daerah SPU dan seorang lagi untuk Daerah SPT.

Penyelaras Khas SPU adalah dari DAP. Beliau adalah seorang veteran DAP Pulau Pinang dan merupakan orang kanan Lim Guan Eng dalam DAP Pulau Pinang.

Manakala Penyelaras Khas SPT adalah wakil dari PAN. Beliau ditugaskan untuk memberi tumpuan kepada kawasan DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Salleh Man dari PAS.

Ini menunjukkan bahawa DAP dan Lim Guan Eng sudah tidak lagi mempercayai kemampuan dan kesetiaan Salleh Man dari PAS sebagai “wakil rakyat Pakatan Rakyat”. Ini juga adalah indikator PAN akan diberikan kerusi Permatang Pasir dalam PRU akan datang.

One thought on “Bye-Bye PAS Dan Salleh Man!!

  • 07/01/2017 at 7:44 am
    Permalink

    Pan takkan mampu kecuali dgn sokongan Dap.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *