DAP adalah parti hak milik persendirian keluarga Lim.

10/01/2017 – Parti cauvinis DAP sekarang ini tidak ubah seperti sebuah parti kekeluargaan milik persendirian Lim Kit Siang. Hal ini kerana parti tersebut dilihat hanya dikuasai oleh ahli-ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat Kit Siang sahaja.

Jika diamati, hampir kesemua jawatan tertinggi dalam parti DAP bahkan juga dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang, kesemuanya dimiliki oleh darah daging dan orang-orang terdekat Kit Siang. Antaranya seperti Teresa Kok, Tony Pua dan anaknya sendiri Lim Guan Eng.

Oleh yang demikian, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan DAP sebagai parti Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Bukan itu sahaja, DAP juga dilihat gagal untuk menjalankan amanah terhadap rakyat dengan sebaik mungkin. Apa yang mereka tahu hanyalah untuk menjaga periuk nasi kaum kerabat mereka sendiri.

Perkara tersebut dapat dinilai melalui kawasan-kawasan yang dikuasi oleh parti DAP tersebut. Besar mana pengorbanan DAP terhadap kawasan yang dinaungi mereka? Bagaimana pula dengan pencapaian parti itu dari aspek pembangunan atau pembelaan nasib rakyat?

Apa yang kita dapat lihat sekadar pemimpin DAP banyak cari masalah tetapi tidak tahu untuk selesaikannya. Mereka hanya tahu untuk lari dari kawasan ke kawasan lain bagi mengelakkan diri daripada bertanggungjawab. Seperti Kit Siang yang lari dari Melaka ke Ipoh kemudian ke Johor.

Dari prilaku tersebut rakyat dapat menilai bagaimana pendirian sebenar DAP. Parti tersebut dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berprinsip. Mereka buat apa yang mereka suka dan bertindak seperti samseng.

Merampas serta menjual hak rakyat dan mengaut keuntungan masing-masing. Tindakan tersebut amat dikesali, DAP kini umpama hak milik kekal Kit Siang.– UtaraNews.com