DAP Terbukti Terima Tindakan Ahli Hina Sultan dan Raja Melayu

12/01/2017 – Parti DAP terbukti sebuah parti yang menerima tindakan menghina Raja-Raja Melayu apabila tidak langsung mengambil tindakan ke atas pemimpin mereka yang melakukan tindakan tersebut sebaliknya seakan-akan menutup mata.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihati (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini berkata M Satees iaitu Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy telah dilihat menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di media sosial Facebook.

Ini berikutan pada 3 November 2016, baginda bertitah mengharamkan demonstrasi Bersih 5 diadakan di seluruh negeri itu dan apa-apa demonstrasi jalanan haram untuk diadakan di negeri selatan tanah air itu.

Ramesh berkata Satees bertindak menghina Sultan Johor apabila menegur baginda berikutan titah berkenaan dan mahu baginda mengambil langkah tidak melampaui batas.

“Parti DAP nampaknya berdiam diri dengan Satees ini dan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasnya seperti dipecat atau dikenakan tindakan disiplin parti,” kata Ramesh.

Menurut beliau, baru-baru ini difahamkan Satees sudah dilantik semula ke dalam jawatan Kaunselor di Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Ramesh menganggap dengan pelantikan ini, menunjukkan bukti jelas DAP sendiri juga menerima tindakan Satees sebelum ini yang menghina Raja Melayu.

“Kalau DAP benar-benar mengikut Perlembagaan Persekutuan sudah pasti Raja Melayu dan Sultan dimartabatkan oleh parti itu dan Satees diambil tindakan dipecat dari parti.

“Ini beliau dilantik pula semula ke jawatan berkenaan, dan ini membuktikan secara jelas bahawa parti DAP sendiri tidak menghormati sistem Raja Berperlembagaan yang digunakan di negara ini dan mereka sesuka hati menghina Sultan dalam keadaan tidak beradab,” kata Ramesh.

Difahamkan banyak pihak juga mendesak supaya Satees diambil tindakan kerana tindakan berkenaan tetapi apa yang berlaku sebaliknya benar-benar mengecewakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *