Dua Beradik Nyaris Jadi Mangsa Culik Di Rumah Sendiri

16/01/2017 Johor Bharu – Gara-gara tidak mengunci pintu pagar rumah, dua beradik nyaris menjadi mangsa culik oleh empat orang lelaki yang tidak dikenali di kawasan rumah mereka sendiri, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, di Taman Scientex. Dua beradik yang masing-masing berusia 6 dan 10 tahun telah pulang ke rumah untuk mandi.

Sementara itu, ibu mereka Izan Abd Aziz,41, merupakan seorang perniaga goreng pisang masih lagi berada di gerai miliknya itu. Selesai anaknya itu mandi masing-masing duduk di depan pintu rumah sebelum tiba-tiba muncul individu tidak dikenali membuka pagar dan menculik dua beradik ini.

“Semalam, sehari suntuk mereka berdua di kedai goreng pisang. Semalam kan hujan, habis mereka dah basah kuyup. Petang itu dalam jam 6 petang, suruh kakak dia hantar mereka pulang untuk mandi sekejap.

“Selepas mereka sudah siap mandi, si abang, Farihin, 10, duduk di depan pintu dan si adik duduk di atas kerusi di dalam rumah. Tiba-tiba datang individu yang tidak dikenali membuka pagar rumah.

“Si abang nampak, terus nak tutup pintu tetapi tak sempat. Pintu ditolak dan dia terkena dinding. Kemudian dua anak saya ini ditarik masuk ke dalam kereta Perodua Myvi berwarna putih. Tangan mereka diikat dan mulut mereka dilekat dengan pita pelekat,” ceritanya.

Kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri berikutan ikatan tangan Farihin tidak terlalu ketat dan dia telah berjaya membuka ikatan itu. Dua beradik ini telah lari keluar dari kereta itu ketika penculik itu tinggalkan mereka dalam kereta kerana penculik itu berhenti makan dan terus berlari ke kedai ibu mereka menceritakan detik diculik itu.

Izan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran. Malah, beberapa keping gambar screenshoot perbualan antara Izan telah tular di laman sosial. Rata-rata netizen agak terkejut mendapat tahu tentang kejadian culik yang berlaku dalam kawasan rumah mereka sendiri.

Izan juga telah meminta semua ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan keselamatan anak-anak kecil. Perbuatan menculik sudah tidak mengira tempat, anak-anak yang berada di dalam kawasan rumah sendiri juga boleh menjadi mangsa culik individu yang tidak bertanggungjawab. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *