Elfira Loy tak sabar untuk berkahwin..

11/01/2017 Petaling Jaya – Pelakon kecil molek Elfira Loy memang sering kali dikaitkan dengan kisah cinta dengan pelakon lelaki dari negara seberang. Tetapi, hubungan cinta yang terjalin itu nampak tidak berpanjang.

Walaupun masih muda Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23 tahun mendedahkan dirinya telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, hasrat untuk mengakhiri zaman bujang itu terpaksa ditanggungkan berikutan tidak mempunyai lelaki yang sesuai. Rata-rata lelaki yang mendekati dirinya tidak berjaya sepenuhnya untuk membuka hati wanita ini.

Tetapi, jika ada benar-benar lelaki yang ingin serius dengan dirinya. Elfira minta lelaki itu untuk terus masuk meminangnya. Malah, Elfira juga dedahkan dirinya agak kurang berminat untuk bercinta-cinta.

“Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu.

“Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta,” ujarnya.

Sementara itu, selebriti muda yang mendirikan rumah tangga bukan satu perkara yang baru. Terdapat ramai selebriti wanita yang mendirikan rumah tangga di usia yang masih muda.

Antaranya adalah Erin Malek, Eina Azman, Fatin Afifah dan ramai lagi. Malah pelakon muda ini juga masing-masing telah bergelar seorang ibu. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *