Faiz Subri Dihina kerana Baju Melayu

Tak faham betul Gomez dengan orang melayu sekarang ini… Makin maju teknologi rupanya makin mundur pemikiran mereka. Kemajuan teknologi rupanya tidak menjamin kemajuan pemikiran mereka… Malah ada diantara mereka yang terus menjadi bodoh kerana pendedahan yang ‘terlalu meluas’.

Paling Gomez tak faham dan agar tidak berpuas hati adalah sikap netizen yang menghina pendirian pemain pasukan bola sepak Pulau Pinang yang juga merupakan tiga calon akhir bagi anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri yang mahu berpakaian lengkap baju Melayu pada majlis anugerah tersebut.

Malah tambah memalukan ada diantara mereka mengibaratkan persalinan baju Melayu yang diberikan oleh geng Armada kepada Faiz sebagai suatu yang keterlaluan dan over… What?? Over? Haha! Kononnya takut nanti kena gelak dengan geng Mat Salleh yang hadir dalam majlis tersebut.

Apa sudah jadi dengan orang Melayu kita sekarang ini?? Malukah korang kalau Faiz Subri nak banggakan negara dan bangsa sendiri dengan berpakaian baju Melayu lengkap pada majlis antarabangsa tersebut? Kenapa korang harus rasa jijik dan malu dengan baju tradisional korang sendiri?

Kononnya, bertambah malu kalau kalah… Dah la dengan pakai baju Melayu lengkap siap tengkolok bagai… Baik buat sekali pelamin, kata netizen. Ada juga yang menghina dengan mendakwa ‘too much’ dan tak boleh bayangkan kalau kalah.

Ada juga yang suruh pakai baju Rani Kulup je dan mendakwa banggang dengan Melayu berpisah tiada. Haha! Gomez rasa korang yang bangang sebenarnya! Bangang sebab malu dengan baju tradisional sendiri… Sedangkan korang berkahwin pun pakai baju Melayu lengkap. Kenapa tak rasa jijik pulak? Jangan nanti geng netizen yang menghina ni puji melambung Faiz Subri pulak kalau dia menang nanti.

Tak faham Gomez apabila netizen mendakwa dengan berpakaian sedemikian dalam majlis gah tersebut dianggap sebagai merepek… Sedangkan pihak FIFA sendiri bagi kebenaran tapi korang pulak yang over lebih! Ada juga yang kata Faiz ‘peqak jakun’ sebab nak pakai baju Melayu lengkap.

Orang-orang macam ni sebenarnya dorang bodoh dan jakun! Tak pernah masuk majlis antarabangsa… Dan entah-entah majlis biasa-biasa pun tak pernah masuk! Sebab tu jakun sangat sampai hina bangsa sendiri. Pelik! Orang Melayu nak bangga dengan kejayaan sendiri pun kena hina dengan bangsa sendiri… Sangat memalukan!

Patut la orang Melayu tak pernah maju! Dah terang-terang orang Melayu yang jatuhkan bangsa sendiri! Lepas tu bising kenapa bangsa Cina dan India boleh maju dan kaya dari mereka. Orang Melayu ni dengki! Suka hati Faiz la nak pakai apa pun sebab dia bangga dengan bangsa dan tradisi dia!

Bukan macam korang… Tak ubah macam Coco… Makan belacan dan budu bagai tapi mengaku konon macam Mat Salleh haha! Memalukan! Setidaknya Faiz boleh duduk sekali dan satu majlis dengan Lionel Messi… Korang ada??

Setakat tengok dalam televisyen je buat apa! Kesian korang yang hina pemakaian Faiz ni… Dengan diri sendiri pun tak merdeka… Terikut-ikut dengan orang lain… Orang kutuk korang kutuk… Orang puji korang pun puji.

Lepas tu gigih cari kesalahan orang lain dan buka aib orang lain demi mendapatkan retweet dan perhatian di laman sosial. Suka yer buka aib orang? Kesian kat orang Melayu yang jakun macam ni.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *