Fattah Amin Bakal Terima Nasib Yang Sama Seperti Fazura!!



04/01/2017 – Bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelakon. Malah Fattah Amin juga telah mula dikenali sebagai seorang penyanyi apabila lagu baru beliau yang berjudul ‘Wanita Terakhir’ yang dikatakan telah di buat dan ditujukan untuk ‘si dia’ iaitu Neelofa.., sudah mula trending selepas dilancarkan. 

Menerusi akaun Instagram, Fattah telah memuat naik gambar yang menunjukkan lagu barunya itu telah menjadi trending dan berada di kedudukan pertama dalam carta iTunes Malaysia.

Baru sahaja beberapa hari di lancarkan, lagu Fattah ini telah berjaya mencuri hati peminat. Kejayaan drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ dan kisah percintaan ‘LoFattah’ tidak dapat dinafikan lagi.

Sementara itu ada antara netizen yang menyifatkan suara Fattah telah diubah untuk menyedapkan lagi lagu tersebut, realitinya bila selebriti menyanyi secara live hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Autotune dia melampau-lampau sangat. Tunggu tengok dia menyanyi secara live nanti sesedap recording atau tak?”, komen pengguna laman sosial.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Fazura telah menerima kritikan yang sama. Nyanyian yang dilakukan secara live tidak sedap dan peminat meminta Fazura untuk terus kekal dalam bidang lakonan sahaja kerana bakatnya lebih menyerlah dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Agaknya Fattah juga akan terima nasib yang sama seperti Fazura tak jika dia membuat persembahan secara live nanti? – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *