Fattah Amin enggan ulas isu Neelofa..

14/01/2017 – Pelakon, Fattah Amin, enggan mengulas panjang tindakan rakan gandingannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa, yang berhenti menjadi pengikut laman sosial Instagramnya sejak hujung bulan lalu.

Aktor yang semakin mendapat tempat di hati peminat itu percaya, masing-masing mempunyai alasan sendiri untuk menjadi pengikut seseorang di laman bergambar itu atau sebaliknya.

“Saya rasa, soalan berhubung perkara ini sepatutnya diajukan kepada beliau,” katanya melalui portal Berita Harian.

Sehingga kini, Fattah tetap mengikuti pengacara dan pelakon terkenal itu di laman sosial terbabit.

Hubungan mesra antara dua pelakon berkenaan mula menjadi bualan ramai apabila mereka digandingkan dalam drama arahan Michael Ang dan Hadith Omar itu, Oktober tahun lalu.

Ketika drama berkenaan ditayangkan, kedua-duanya dilihat sering memuat naik gambar bersama, yang menghangatkan lagi dakwaan wujud hubungan intim antara dua insan seni ini.

Baru-baru ini pula, Fattah muncul dengan single baharu berjudul Wanita Terakhir. Katanya, lagu berkenaan ditujukan buat ‘si dia’, yang tentu saja membuatkan peminat terus membayangkan teman gandingannya dalam drama popular itu.

Lagu ciptaan Aizat, Anas Amdan dan Mel Ramlan itu mendapat sambutan hangat peminat sehingga berjaya menduduki carta teratas iTunes negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *