Fenomena mati mengejut kerana terlebih kerja di Jepun..

Orang Jepun memang terkenal kuat bekerja. Oleh kerana orang Jepun juga terkenal dengan disiplin tinggi, komitmen mereka terhadap kerja tidak dapat dinafikan.

Budaya kerja yang penuh disiplin menjadi imej orang Jepun sejak dulu hingga kini, dan sering dijadikan contoh masyarakat lain di dunia.

Namun budaya terlalu kuat bekerja itu rupa-rupanya bukan semua yang boleh dijadikan ikutan. Terlalu kuat bekerja pun ada kesan negatifnya kepada orang Jepun.

Media baru-baru ini melaporkan budaya ‘terlalu kuat bekerja’ di negara matahari terbit itu menyebabkan statistik ‘kematian akibat terlebih kerja’ atau diterjemahkan dalam bahasa Jepun sebagai ‘karoshi’ mencatatkan rekod tertinggi 1,456 kes pada akhir Mac 2015.

Kementerian Buruh Jepun menganggarkan kira-kira 200 kematian karoshi berlaku setiap tahun sama ada disebabkan sakit jantung atau strok gara-gara waktu bekerja yang terlalu panjang.

Dilaporkan 22 peratus rakyat Jepun bekerja lebih 49 jam seminggu, berbanding 16 peratus rakyat Amerika dan 11 peratus di Perancis dan Jerman. Negara yang lebih kronik dengan 35 peratus rakyatnya bekerja terlebih masa ialah Korea Selatan,

Tidak sampai separuh daripada purata sembilan hari bilangan cuti setahun yang diperuntukkan kepada pekerja di Jepun, dimanfaatkan oleh mereka.

Nampaknya rakyat Jepun lebih rela bekerja daripada berehat atau bercuti. Dan mereka bekerja bukan sekadar ‘9 to 5’ atau waktu pejabat sahaja sebaliknya sanggup bekerja lebih masa. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *