Gadis Bertudung Singkat dan pakaian ketat Jadi REBUTAN Lelaki Melayu?

11/01/2017 – Fenomena wanita bertudung tetapi berpakai ketat dan bertudung singkat adalah pandang yang sudah semakin biasa dilihat. Bersiar di pasaraya atau di pusat pengajian pasti akan dapat ‘menjamu’ mata dengan pemandangan ini.

Namun begitu, ada juga wanita yang memilih untuk bertudung kerana ikutkan ‘trend’, tujuan perniagaan atau ingin kelihatan lebih cantik.

Hanya bertudung menutupi kepala tapi masih menampakkan bentuk tubuh badan. Adakah wanita lebih suka berpakaian seperti ini kerana wanita bertudung singkat seperti ini menjadi idaman lelaki?

Tular di laman sosial apabila seorang pengguna laman sosial Facebook telah berkongsi kisah wanita memakai tudung kerana berfesyen. Jika dahulu lelaki lebih suka mencari pasangan yang bertutup.

Tetapi, kini ramai lelaki yang lebih sukakan wanita yang bertudung singkat dan berpakaian ketat. Wanita seperti ini menjadi idaman ramai lelaki kerana seronok untuk dilihat. Terutamanya jika dilihat dari sudut belakang, dapat melihat badan yang ‘mantap’ dan punggung yang menyerlah.

Trend seperti ini mula semakin berleluasa apabila wujudnya wanita yang cuba untuk menutup aurat tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat kerana mahu mengikut perintah agama dalam masa yang sama mahukan perhatian lelaki-lelaki di luar sana.

Adakah tudung yang anda pakai menepati agama? Penting untuk mengetahui punca sebenar menutup aurat. Jika hanya bertudung sebab mahu menjadi idaman lelaki, itulah punca ramai wanita bertudung tidak menepati hukum. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *