Gambar Siti Nurhaliza jadi alat pelaris Ubat Ransang Seks.

Kuala Lumpur – Gara-gara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin masih tidak mempunyai zuriat setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Datuk K. Ada pihak telah menyalahguna foto pasangan ini untuk melariskan produk ubat perangsang seks.

Foto Siti mula digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut untung dengan mengaibkan pasangan itu menerusi sebuah iklan di laman Instagram. Laman Instagram itu mempromosikan produk kuat itu dan mendakwa pasangan ini telah menggunakan produk itu.

Malah, pada setiap promosi gambar pasangan ini disertakan dengan pautan kepada satu artikel berkaitan dengan masalah mati pucuk dalam rumah tangga mereka.

Siti dan suami agak terkilan dengan penyebaran iklan yang mengaibkan ini. Siti juga akan mengambil tindakan tegas pada peniaga yang menggunakan foto dan nama meraka berdua tanpa kebenaran untuk melariskan produk.

Menemui temubual, pihak Siti dan suami akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks itu.

Sementara itu, Siti pernah hamil anak sulung mereka namun hanya sempat hamil dua bulan sebelum mengalami keguguran, walaupun tidak pernah mengesahkan secara langsung berbadan dua. Siti telah memuatnaik status dan foto di akaun Instagram memaklumkan pada umum bahawa telah mengalami keguguran.

Beliau redha dengan ketentuan Allah dan tetap tidak berputus ada untuk memperolehi cahaya mata lagi. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *