Guan Eng desak Najib batalkan passport Jho Low

11/1/2017– Berhubung dengan dakwaan skandal 1MDB, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba mendesak kerajaan Persekutuan membatalkan passport ahli perniagaan, Jho Low bagi memaksa ahli perniagaan itu pulang ke Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, itu adalah antara langkah yang perlu diambil kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan skandal 1MDB.

Beliau yakin dengan cara itu, penerangan secara terperinci mengenai skandal syarikat milik kementerian kewangan itu mampu diperoleh dan pihak yang terlibat dapat ditangkap.

“Jadikan Jho Low pelarian antarabangsa dan jangan lagi beri apa-apa peluang kepada beliau.

“Dengan cara itu, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan memberi penerangan tentang isu 1MDB.

“Tapi, Perdana Menteri tidak berbuat demikian,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada sidang media di Komtar semalam.

Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang itu beriya-iya mendesak kerajaan Persekutuan membatalkan pasport Jho Low bagi memaksanya pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan isu skandal itu. Namun berdasarkan siasatan sebelum, ahli perniagaan itu telah didapati tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *