Guan Eng Mahu Jadikan Saifuddin Seperti Mat Sabu



06/01/2017 – Dulu Guan Eng beri jawatan kepada Mat Sabu, dengan harapan dapat kuasai PAS , tapi Alhamdulillah , Allah telah gagalkan perancangan jahat DAP. Sekarang ni beri jawatan kepada Saifuddin Nasution pula untuk kuasai PKR. Hancur lah PKR lepas ni..

Setelah menikmati sedikit kuasa politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, parti cauvinis Cina seperti DAP kini kemaruk kuasa dan berhasrat untuk mengambil alih kepimpinan negara Islam ini.

Sejak kebelakangan ini DAP amat agresif dalam keinginan mereka untuk menguasai negara ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja, tanpa apa jua batasan atau had.

Persoalan yang berkisar dengan asas-asas agama, bangsa, kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa bumiputera dicanang sebegitu rupa sehingga ada dalam kalangan bumiputera dan Melayu liberal yang terpengaruh.

Setelah berjaya meracuni pemikiran kebanyakan orang Malaysia berketurunan Cina dengan pelbagai bentuk hasutan dan dakyah politik, kini DAP telah berjaya menyusup masuk memperbodohkan orang Melayu dan bumiputera lain pula.

Semua orang tahu dan sedar bahawa DAP sememangnya mahu pecah belahkan Melayu didalam politik Malaysia khususnya didalam parti pembangkang. Mereka juga perkudakan pemimpin-pemimpin Melayu kerana mahu matlamat perjuangan kesamarataan semua kaum tanpa keistimewaan tercapai.

Percayalah, DAP akan terus tidak berpuas hati dengan apa juga peruntukan dalam Perlembagaan terutamanya hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan beberapa klausa khususnya di Selangor yang diberi keutamaan pada orang Melayu.

Selain itu, tindakan pemimpin DAP dilihat mesra dengan Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu sekarang ini juga adalah antara usaha dengan tujuan bagi memudahkan mereka menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Orang Melayu harus sedar akan hakikat ini dan orang Melayu juga harus sedar bahawa DAP akan sanggup melakukan apa saja, tanpa sebarang bentuk batasan agama, bangsa atau undang-undang, untuk mempengaruhi orang Melayu

One thought on “Guan Eng Mahu Jadikan Saifuddin Seperti Mat Sabu

  • January 6, 2017 at 10:48 am
    Permalink

    Jangan kritik Dap, nanti Pan marah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *