Guan Eng mahu ubah undang-undang SPRM kerana takut dipenjara 20 tahun.

09/01/2017 – Nampaknya semakin hari, semakin menggelabah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, untuk menghadapi kenyataan yang dia akan dibicarakan dalam skanda rasuahnya. Rasanya mungkin ketika ini, Guan Eng tak lena tidur malam dan tak lalu nak makan disebabkan tarikh perbicaraan semakin hampir.

Mana tidaknya, hukuman maksimum 20 tahun didalam penjara jika disabitkan kesalahan, bukanlah satu tempoh yang singkat. Jika Guan Eng ada anak perempuan yang berusia 10 tahun ketika ini, mungkin anak perempuannya suda berkahwin ketika beliau dibebaskan 20 tahun kemudian.

Itu belum lagi dikira tentang usia isterinya yang masih cantik sekarang ini serta segala harta kemewahan yang dikumpulkannya didalam negeri. 20 tahun didalam penjara sudah tentunya menjadi waktu yang sangat panjang jika semua itu diambil kira.

Maka dengan sebab itulah, Guan Eng akan memfailkan usul untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Beliau bersama peguamnya menganggap akta tersebut yang melibatkan penyataan pembelaan, bertentangan dengan hak tertuduh untuk mendiamkan diri. Jika usul berkenaan diterima pakai oleh Parlimen nanti, maka peluang untuk Guan Eng terlepas adalah sangat cerah.

Kalau mengikut Seksyen 62 Akta SPRM 2009, tertuduh perlu menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan bahan kes kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula. Inilah yang mungkin sangat ditakuti oleh Setiausaha Agung DAP tersebut kerana didalam dokumen terbabit, merekodkan segalanya.

Untuk makluman, Guan Eng didakwa meraih keuntungan sendiri dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan status tanah pertanian milik Magnificent Emblem menjadi kawasan pembangunan kediaman ketika mmempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan negeri pada 18 Julai 2014.

Bagi pertuduhan itu, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sekali gus berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika didapati bersalah.

Sementara itu, Li Koon, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terbabit dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di Mahakamh Tinggi Pulau Pinang sebelum ini. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *