Haji 1MDB – Mahathir berasa dirinya lebih besar dari Mufti..

08/01/2017 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sanggup memperlekehkan kenyataan mufti hanya kerana mahu mempertahankan fitnahnya berhubung jemaah tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut mengibaratkan segala fatwa-fatwa yang dikeluarkan mufti sebagai satu cubaan untuk mengampu pihak kerajaan. Ohhhh mungkin ‘fatwa-fatwa’ dari Mahathir seorang sahaja yang boleh dipakai sekarang ni… Fatwa dari mufti langsung tak boleh guna kerana dianggap mengampu kerajaan.

Penakluk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bukan sahaja sanggup mempertahankan kenyataan fitnahnya berhubung haji mabrur… Malah dia juga enggan memohon maaf setelah melemparkan kenyataan yang melampau tersebut. Kenapa saya perlu minta maaf? Soalnya.

Tambah Mahathir, bila jadi mufti kerajaan, kenalah puji kerajaan… Disebabkan itu dirinya menghina dan mengganggap mufti sebagai menyokong kerajaan secara membuta tuli sahaja. Mahathir tidak dapat terima kritikan dari beberapa mufti termasuk Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Mufti Pahang sebelum ini berkata, hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak. Bahkan mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah, tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.

Akibat tidak puas hati setelah dikecam… Mahathir menyeluarkan kenyataan dengan mendakwa jika anda pergi dan menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggan penuh dengan makanan haram, anda makan juga.

Terdahulu, Mahathir memfitnah jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MDB, tidak akan mendapat haji mabrur. Konon iatidak mabrur kerana berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *