Haji 1MDB Tidak SAH – Timbalan Mufti Kedah Setuju Dengan Mahathir?


03/01/2017 – Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin, dilihat seakan bersetuju dengan kenyataan pemimpin pembangkang, Tun Mahathir yang menuduh ibadah jemaah haji tajaan 1MDB tidak mendapat kemakburan.

Beliau dilaporkan berkata, sekiranya wang dari dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) itu merupakan pelaburan yang tidak patuh syariah, ibadah bagi ribuan orang yang melaksanakan haji tajaan Yayasan tersebut pastinya tidak akan diterima Allah Taala.

“Kalau dalam masalah 1MBD, saya tak pasti duit ini macam mana. Kalau duit ini duit pelaburan, kalau patuh syariah seperti syarikat pelaburan lain mudah-mudahan kita berharap kerja haji yang kita buat diterima Allah Taala.

“(Tapi) kalau sumber kewangan tak halal sudah tentu Allah Taala akan tolak. Jadi sumber halal atau tidak kita tak tahu, 1MDB sejauh mana halal dia atau tidak,” katanya kepada sebuah portal pembangkang.

Kenyataan Timbalan Mufti terbabit dibuat bagi menjawab kenyataan Mahathir yang memfitnah ibadah jemaah Haji Malaysia yang mendapat bantuan kerajaan melalui 1MDB. Didalam kenyataan berkenaan, Mahathir menganggap duit tajaan tersebut tidak halal.

Selain itu, Sheikh Marwazi menegaskan bahawa selaku jemputan haji yang ditaja oleh kerajaan, mereka harus berdoa supaya amalan diterima Allah Taala dan dalam masa yang sama melaksanakan syarat-syarat yang dituntut dalam ibadah itu.

“Dalam soal ibadah kita dituntut melakukan ibadah dengan syarat-syarat yang ditetapkan jadi terpulang pada Allah Taala nak terima atau tidak. Dari sisi yang lain kita kena tengok jugalah 1MDB itu,” katanya.

Kenyataan Timbalan Mufti Kedah itu bagaimanapun bertentangan dengan kenyataan dari Mufti Perak dan Pahang, yang menasihatkan agar Mahathir berhenti mengambil alih tugas Tuhan didalam menentukan ibadah seseorang.

Didalam sebuah kenyataan baru-baru ini, Mufti Perak Datuk Harussani mahu Mahathir bersikap lebih bertanggungjawab didalam mengeluarkan kenyataan politik terutamanya didalam soal yang melibatkan ibadah bagi umat Islam.

One thought on “Haji 1MDB Tidak SAH – Timbalan Mufti Kedah Setuju Dengan Mahathir?

  • 03/01/2017 at 11:17 am
    Permalink

    Assalammualaikum timbalan mufti Kedah tolong jangan terlampau taksub kepada sesuatu yang diterima ALLAH SWT,kenyataan bekas pm tu hanya retorik politik beliau tak usah terjerumus dalam telaganya,banyak perkara lain yang terlepas pandang atau saja2 buat2 tak pandang perlu timbalan mufti ambil kira saperti perjudian social rasuah dan berlambak lagi,itu yang perlu diutamakan,ini yang akan mufti kena soal nanti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *