Jangan samakan Malaysia dengan Sri Lanka.. – Menteri

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa Malaysia tidak akan menerima nasib sama dengan Sri Lanka yang terpaksa memajak aset penting mereka kepada China.

Katanya, dalam kes ini, Malaysia tidak boleh disamakan dengan Sri Lanka kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap pelaksanaan sebarang projek pembangunan bagi memastikan kejayaannya.

“Itu Sri Lanka dan ini Malaysia. Mana-mana syarikat (China) yang hendak berdagang dengan kita perlu memiliki reputasi baik,” katanya dipetik Bnbbc.my.

Beliau berkata demikian sebgai respon kepada tindakan Sri Lanka yang memajak pelabuhan laut dalam Hambantota dan tanah seluas 15,000 ekar di sekitarnya selama 99 tahun kepada sebuah syarikat yang 80 peratus pegangannya dimiliki kerajaan China.

Ia susulan kegagalan Sri Lanka membayar hutang RM4.9 bilion (AS$1.1 bilion) bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa di negara itu.

Berdasarkan laporan Forbes Oktober tahun lalu, Sri Lanka berhasrat membina sebuah bandar dan ekonomi baharu di sebuah kawasan terpencil melalui projek pembangunan Hambantota.

Pelabuhan Hambantota gagal menarik kemasukan kapal kargo, manakala Mattala pula digelar lapangan terbang paling lengang di dunia.

Antara usaha sama Malaysia dengan China adalah projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620km yang dijangka menelan kos RM55 bilion. Projek pembangunan lain yang turut melibatkan pelaburan China ialah Melaka Getaway dan Bandar Malaysia di Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *