Jika Pas pemerintahan kuku besi, Mahathir bagaimana pula?

25/01/17: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali melabelkan prinsip pemerintahan yang digunakan oleh parti Pas sekarang ini adalah berteraskan pemerintahan kuku besi dan tidak demokratik.

Azmin berkata demikian setelah Pas menetapkan syarat parti-parti pembangkang perlu mengikut cara Pas jika mahukan kerjasama dari parti tersebut. Akibat tidak bersetuju, Azmin mendakwa cara Pas tersebut tidak ubah seperti pemerintahan kuku besi.

Persoalannya jika cara Pas itu dianggap sebagai kuku besi dan tidak demokrasi… Bagaimana pula dengan cara pemerintahan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?? Mungkin lagi teruk dari kuku besi… Mana tidaknya… Mahathir ni jenis nak semua orang ikut cakap dia.

Apa sahaja kemahuan Mahathir harus dituruti termasuklah mahu menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri. Hairan jugak Gomez, dekat Pas pandai pulak Azmin kata itu cara pemerintahan kuku besi… Tapi bila kena pada batang hidung Mahathir takde pulak dia cakap macam tu.

Azmin mendakwa Pas seperti parti kuku besi apabila ditanya sama ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan syarat mana-mana pihak yang berhasrat untuk jalin kerjasama perlu mengikut rentak mereka.

Hadi sebelum ini mendakwa PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain… Sebab tu dorang kena ikut cara Pas.

Bagi Gomez, Azmin tidak layak untuk menggelarkan cara Pas tersebut sebagai tidak demokratik dan kuku besi.., sedangkan Mahathir sendiri melakukan perkara yang sama. Inilah yang dinamakan buku bertemu ruas… Kini baru dorang sedar bagaimana rasanya diperintah oleh pemimpin kuku besi.

Sepatutnya Azmin menasihati terlebih dahulu pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut sebelum dia mengambil keputusan untuk menghentam Pas. –TiraGomez/Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *