Joe Wings Disingkirkan Daripada Kumpulan Wings

06/01/2017 – Petaling Jaya – Kumpulan rock Wings adalah salah satu kumpulan Rock lagenda di Malaysia.. Dari dulu sampai sekarang, dorang masih tetap bersama..

Itu juga dikatakan keistimewaan abadi yang dimiliki Wings jika hendak dibandingkan dengan kumpulan muzik lain yang seangkatan dengan mereka. Ada antara kumpulan muzik rock lain gagal untuk bertahan lama..

Sudah hampir tiga dekad kumpulan ini masih bersama. Ahli mereka adalah terdiri daripada Ahmad Azhar Othman (Awie), 49, Azmi Hashim (Black), 51, Abdul Zamin Abdul Kadir (Joe), 48, dan Samsaidi Ulong Idris (Eddie), 49.

Namun begitu, keistimewaan abadi yang dimiliki kumpulan Wings nampaknya tidak dapat berkekalan lama, apabila timbul ura-ura yang mengatakan Wings bakal berpecah. Satu kemelut telah melanda kumpulan lagenda itu sehingga timbul khabar angin mengatakan pemain gitar utama, Joe bakal digugurkan.

Vokalis kumpulan itu, Awie dikatakan tidak mahu memberikan sebarang komen tentang khabar angin itu keranan tersebut adalah masalah dalaman kumpulan Wings.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings.

“Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media,” ujarnya.

Pengguguran pemain gitar utama itu terpaksa dilakukan berikutan dakwaaan pemain gitar itu telah menjadi punca kumpulan Wings terpaksa membatalkan konsert di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Terdahulu, kumpulan lagenda itu sepatutnya akan mengadakan Konsert Wings 30 tahun secara Live di Kota Kinabalu. Namun, disebabkan perkara yang tidak didedahkan, konsert itu telah di tundakan pada satu tarikh yang akan dimumkan kelak. – MissA/UtaraNews

3 thoughts on “Joe Wings Disingkirkan Daripada Kumpulan Wings

  • February 9, 2017 at 11:01 pm
    Permalink

    Jangan buat hal bro. Sepatutnya semakin lama semakin maju dan semakin kukuh hubungan korang semua. Sebarang perselisihan perlu diselesaikan secara keluarga. Settle among your self and don’t make it open.

    Reply
  • February 23, 2017 at 2:17 pm
    Permalink

    biar btul..ape2 hal pun setel elok2..

    Reply
  • March 1, 2017 at 1:26 pm
    Permalink

    wei apa cerita ni sedihlah kalau macam ni jangan hampakan peminat wings terutamanya saya settel dengan baik abang awie dan abang joe…😭😭😭😭😭

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *