Kenapa Guan Eng dan DAP jadi bisu bila Muhyiddin hina negara China?

13/01/2017 – Agak menghairankan mengapa DAP khususnya Guan Eng berdiam diri sahaja apabila Muhyiddin mengatakan bahawa, negara China akan merompak hasil negara apabila Perdana Menteri melakukan kerjasama dengan negara berkenaan?

Apakah Guan Eng dan DAP takut kepada Presiden parti Cap Bunga tersebut? Ataupun adakah Guan Eng terpaksa kunci mulut kerana tak mahu Mahathir terasa hati apabila Muhyiddin dikritik oleh DAP?

Seluruh rakyat tahu bahawa hubungan Guan Eng dengan negara-negara seperti Taiwan dan HongKong sangatlah akrab. Dan seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh kebanyakan kaum cina didalam negara, Guan Eng seharusnya terguris dengan kenyataan Muhyiddin tersebut.

Bukan kah negara China itu merupakan tempat asal nenek moyang Guan Eng juga? Jadi jika Muhyiddin menghina negara China, ia seolah-olah mengutuk Guan Eng juga kerana bukankah Guan Eng selama ini mengharapkan pelabur dari China bagi menjana ekonomi negeri Pulau Pinang?

Jika Guan Eng bersetuju dengan hinaan yang dilakukan oleh Muhyiddin terhadap pelabur-pelabur dari China, maka Guan Eng wajib menghentikan semua pelabur-pelabur dari negara berkenaan yang kini banyak terdapat di negeri jajahan DAP.

Betul lah seperti kata Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng yang menuduh Guan Eng sebagai menyemai perasaan perkauman didalam Pakatan, jika membiarkan Muhyiddin kekal dengan kenyataan terhadap negara China tersebut.

Pengerusi MCA tersebut juga mempertikaikan Muhyiddin yang dianggap cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini Muhyiddin juga sering ke China bagi menjalinkan kerjasama dengan negara berkenaan.

Guan Eng dan DAP harus melakukan sesuatu jika tak mahu Pakatan Harapan dianggap sebagai sebuah gabungan parti yang berasaskan kebencian kaum. Muhyiddin bercakap diatas kapasiti pemimpin didalam Pakatan, bukannya bersifat peribadi.

Jika benar Muhyiddin mahu beranggapan negara Malaysia ini akan selamat jika tiada pelabur luar datang ke negara ini, mengapa beliau hanya memfokuskan negara China sahaja? Mengapa Muhyiddin tak pernah mengkritik pelaburan yang datang dari Timur Tengah dan juga Eropah?

Jadi semua ini menunjukkan bahawa Muhyiddin hanya sekadar menunjukkan kebodohannya sendiri dikhalayak umum, apabila cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pelaburan yang sudah pasti menguntungkan negara.

Agak memalukan apabila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bertindak seperti budak-budak yang baru belajar berpolitik sebegini. Bukan hanya parti Cap Bunga saja yang malu, tetapi nampaknya Pakatan juga turut terkena najis yang dimain oleh Muhyiddin. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *