Kenyataan Media Datuk Huan Cheng Guan



06/01//2017 – DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?

Kenyataan berbaur perkauman oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau memperlekehkan sumbangan kemanusiaan daripada kaum Cina, samada barangan sumbangan tersebut memerlukan sijil halal ataupun tidak, sudah memperlihatkan separas mana IQ otaknya.

Adakah persoalan dibangkitkan Kuan Yau ini sengaja untuk menyakitkan hati mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur terutama di negeri Kelantan? Apa yang beliau cuba buktikan sehingga terlalu dangkal fikirannya?

Umum mengetahui, kebiasaannya barangan atau makanan yang hendak disumbangkan kepada mangsa banjir adalah dalam kategori umum, iaitu boleh serta sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa saja tanpa mengira fahaman agama atau lebih mudah difahami, ianya mesti halal.

Secara peribadi saya mengecam kenyataan tidak berilmu daripada Kuan Yau. Tak perlu keluarkan kenyataan yang boleh dianggap menghina sebegini. Sekurang-kurangnya hormat keadaan mangsa yang amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk meneruskan hari-hari mendatang. Seperkara yang perlu diingat bahawa mangsa-mangsa banjir bukan saja terdiri daripada bangsa Melayu tetapi pelbagai latar belakang kaum dan keturunan.

Kuan Yau perlu simpan sedikit sifat kebodohannya daripada terlihat seperti kenyataan hari ini. Apa yang perlu diketahui oleh beliau adalah, tanpa bantuan daripada DAP atau rakyat, kerajaan Persekutuan dan banyak pihak dan NGO masih boleh membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

DATUK HUAN CHENG GUAN
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *