Kerajaan Najib Razak Dijangka Menang Besar Di PRU14



5/1/2017 – Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan pada suku ketiga tahun ini.

Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka kembali membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pasukan penyelidik di bawah media antarabangsa, Financial Times itu berpandangan, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi sebarang kesan terhadap peluang BN untuk memenangi PRU14.

Selain itu, pasukan penyelidik tersebut turut berpendapat bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP cuba berunding dengan PAS bagi mengelakkan berlaku pecah undi dalam pertandingan menentang BN.

Mereka menjangkakan rundingan tersebut akan gagal, sekali gus memberi kelebihan kepada Najib. 

Sementara itu, agensi itu turut menjelaskan ekonomi Malaysia dijangka bakal berkembang pada kadar 4.4 peratus hingga 4.7 peratus tahun ini.

Menurut pasukan penyelidik tersebut, kadar pertumbuhan itu adalah lebih tinggi daripada anggaran terdahulu iaitu 4.2 peratus.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada penggal ketiga setiap tahun adalah 4.3 peratus, meningkat sebanyak 0.3 peratus berbanding penggal sebelumnya,” kata Financial Times Confidential Research.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *