Kerajaan Negeri Perak Tidak Pernah Halang Kebebasan Media

Kerajaan Perak tidak akan menyekat mana-mana media untuk membuat liputan di negeri itu walaupun melaporkan perkara yang berunsur negatif.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pihaknya tidak mengamalkan dasar untuk mengajar media apa yang perlu dilaporkan atau perkara yang tidak boleh ditulis atau disiarkan.

“Kerajaan negeri mengambil pendekatan memberi kerjasama kepada semua media. Walaupun mungkin ada media yang melaporkan perkara negatif tentang kerajaan negeri, kami tidak menghalang wartawannya datang membuat liputan ke negeri ini termasuk menghadiri sidang media,” katanya berucap pada majlis Malam Media Perak di sini malam tadi..

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan hadiah penghargaan Otai Media kepada enam wartawan yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan termasuk pemberita sambilan BH, Azizan Hashim, 61, yang bertugas selama 33 tahun iaitu sejak 1983.

Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak; Pengarang KOSMO, Datuk Baharom Mahusin; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Datuk Zakaria Abd Wahab; Pengarang Eksekutif Berita/Rencana/Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Timbalan Pengarang Kumpulan The New Straits Times (NST), Yushaimi Yahya; Pengarang Sunday Star, Esther Ng dan Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Najwa Ghazali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *