Kerajaan pendekkan tempoh menunggu untuk tunaikan Haji..

09/01/2017 Pulau Pinang – Jika sebelum ini tempoh menunggu terlalu lama untuk melaksanakan ibadat haji berikutan kerajaan Arab Saudi telah menghadkan kuota jemaah haji.

Tetapi, mungkin tempoh itu dapat dipendekkan susulan keputusan kerajaan Arab Saudi telah menambah kuota jemaah haji bagi rakyat negara ini seperti dilaksakan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya telah menerima jemputan kerajaan Arab Saudi untuk bermesyuarat tentang perkara ini pada 25 Januari depan di Jeddah.

Pada mesyuarat itu, beliau akan ke sana bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi bertemu Timbalan Perdana Menteri 1 negara iatu, Mohammad Nayer Abdul Aziz Al Saud serta MEnteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Benten.

“Kita jangka mendapat tam­ba­han 8,000 kuota iaitu daripada 22,320 kepada 30,000 bagi jemaah kita untuk menunaikan haji bermula tahun ini,” katanya.

Jika kuota haji itu telah diluluskan tempoh menunggu bakal jemaah haji akan dapat dipendekkan sehingga 8 tahun jika dibandingkan tempoh menunggu sebelum ini boleh mencecah 67 tahun.

Pihak Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada penyimpan berumur 65 tahun ke atas dan sekiranya perbincangan untuk memendekkan tempoh menunggu berhasil, mereka yang berumur lingkungan usia 57 atau 58 tahun berkemungkinan dapat menunaikan ibadah haji lebih cepat.

Dalam pada itu Abdul Azeez berharap rakyat negara ini turut mendoakan perbincangan berkenaan akan berjalan dengan lancar. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *