Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia.. Al Fatihah.

11/01/2017 – Dengan penuh kesedihan dan dukacita adalah dimaklumkan bahawa YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 tghari tadi di IJN Samarahan.

Allahyarham lahir pada 27 Januari 1944 dan merupakan seorang ahli politik Melayu-Melanau yang tersohor di Sarawak. Allahyarham dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Adenan merupakan seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam kabinet negeri pada masa itu.

Allahyarham dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dalan kabinet terakhir Ketua Menteri keempat Abdul Taib Mahmud. Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.

Walaupun usia kepimpinannya menerajui Sarawak hanya bermula pada tanggal 28hb Februari 2014 namun begitu kelantangannya dan ketegasan beliau dalam memastikan hak-hak rakyat Sarawak tanpa mengira kaum baik di bandar mahupun luar bandar menjadikan beliau dikagumi dan disayangi oleh segenap lapisan masyarakat Sarawak hari ini.

Innalillahiwainailaihiraajiunn dan Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.. Aminn.. Alfatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *