Ketua UMNO Bahagian Bagan ‘offer’ RM200 ribu kepada Bersatu.

10/01/2017 – Datuk Shaikh Hussain Mydin yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bagan hari ini menawarkan hadiah wang sebanyak RM200 ribu kepada wakil Bersatu, sekiranya mereka berjaya memberikan 200 nama dan salinan IC ahli UMNO yang menyertai Bersatu di Parlimen Bagan itu adalah benar-benar dari UMNO Cawangan Kampung Tok Sani.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Marzuki Yahaya yang mengetuai majlis penyerahan borang keahlian Bersatu di Parlimen Bagan sebelum ini mendakwa, seramai 200 orang ahli UMNO meninggalkan parti tersebut untuk menyertai Bersatu.

Kenyataan tersebut telah dinafikan oleh Shaikh Hussain kerana beliau mendakwa kesemua kononnya Ahli UMNO cawangan Kampung Tok Sani yang dibawa oleh Marzuki tersebut sebenarnya terdiri dari orang luar. Shaikh Hussain juga mencabar Marzuki supaya mendedahkan senarai nama dan cawangan ahli UMNO tersebut.

Jika Marzuki gagal mendedahkan kesemua nama dan cawangan 200 orang yang didakwanya ahli UMNO terbabit, wakil Bersatu itu haruslah membuat ketuk ketampi sebanyak 200 kali sebagai hukuman terhadap penipuan yang dilakukannya.

Bersatu ketika ini sangat terdesak untuk mencari sokongan daripada rakyat sehingga sanggup melakukan apa saja. Bukan sahaja menipu tentang borang keahlian, malah ada juga dakwaan bahawa Bersatu menyediakan wang saguhati kepada sesiapa yang menyertai parti tersebut.

Bersatu yang baru berusia 4 bulan itu kini semakin teruk dilanda beberapa isu, termasuk ura-ura wujud 2 puak dalam parti itu yang masing-masing menyokong Dr Mahathir dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, mereka berdua menafikan dakwaan itu.

Selain itu, Muhyiddin turut didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dan ahli pengasas PPBM, Anina Saadudin didakwa terbabit dalam skandal mesej seks sehingga menyebabkan beliau kehilangan jawatan ketua wanita yang juga dikenali sebagai Srikandi.

Anina yang masih merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi berkata, jika Dr Mahathir ialah presiden dan bukannya pengerusi PPBM, beliau akan kekal sebagai ketua wanita. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *