Kilang proses Ayam guna logo HALAL Palsu beroperasi di Utara.

NIBONG TEBAL – Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain, Jawi di sini dikesan menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perbuatan itu dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang membuat pemeriksaan di kilang itu pada jam 11 pagi tadi.

“Kami menemui 50 ekor ayam yang telah diproses dan dibungkus dengan menggunakan plastik tertera logo Halal Jakim yang palsu serta lebih 400 ekor ayam yang belum dibungkus.

Turut ditemui ialah 2,000 bungkusan tauhu Jepun yang menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf,” kata Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang, Md Nasir Mohamad.

Md Nasir berkata, hasil semakan mendapati kilang itu tidak pernah memperoleh Sijil Halal Jakim untuk membungkus dan mengedarkan ayam di pasaran dan pihaknya telah merekod keterangan pemilik kilang itu yang berusia 50-an.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati syarikat yang beroperasi sejak dua tahun itu mengedar ayam-ayam diproses ke pasar raya dan pasar mini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Umat Islam digesa untuk lebih berhati-hati dengan barangan yang dihasilkan oleh bukan Islam didalam penggunaan harian. Jika mampu, gunakan lah barangan keperluan yang diyakini halal dan suci.

Sekarang sudah banyak produk keluaran bumiputera yang terjamin halal dan kesuciannya memenuhi pasaran semasa. Pusat pemprosesan ayam juga banyak dibuka dikawasan-kawasan penempatan sekitar negeri.

Kita sedia maklum bahawa bukan Islam hanya lebih mementingkan keuntungan didalam perniagaan mereka tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam keseluruhan.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berterusan, umat Islam di Malaysia sebagai pengguna terbanyak harus mengajar peniaga-peniaga bukan Islam ini tentang besarnya kuasa pengguna. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *