Kim Kardashian Kembali Aktif Di Instagram

06/01/2017 – Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian kini dilihat mula aktif kembali di laman sosial Instagram miliknya dan telah mula memuat naik foto bersama suami dan dua anaknya.

Selepas beberapa bulan dilihat menyepi akibat daripada kes rompakan yang dihadapi, Kim juga memuat naik sebuah video berdurasi satu minit bersama suaminya ketika sedang menghabiskan masa bersama di rumah mereka.

Menerusi video itu, Kim dan suami, Kanye West, 39, dilihat begitu mesra bersama dua anak mereka.

Perkara tersebut sekali gus menamatkan spekulasi berhubung rumah tangganya dan Kanye yang dikatakan berantakan sebelum ini.

Kali terakhir Kim dilihat aktif di Instagram ialah pada Oktober lalu, sebelum dirompak oleh sekumpulan lelaki di Paris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *