Lelaki Berhati Mulia Sanggup Habiskan Duit Pencen Untuk Jaga Kucing..

10/01/2017Kulim – Membela kucing bukanlah satu perkara yang mudah dan murah. Namun itu bukanlah menjadi penghalang buat seorang pesara tentera untuk memelihara kucing.

Abdul Samat Lebai Salleh, 61, sanggup menghabiskan wang pencennya hanya untuk membina tempat khas untuk haiwan kesayangnya itu. Malah turut menyelimutkan sangkar kucing itu dengan tuala basah setiap hari supaya kucing-kucing itu berada dalam keadaan selesa walaupun cuaca panas.

Hobi membela kucing ini juga turut diminati isterinya, Nurul Aini Yan, 45. Sehingga kini, pasangan ini sudah membela hampir 47 ekor kucing di rumah mereka. Membela kucing itu bukanlah mudah, memerlukan komitmen yang tinggi. Membela kucing sudah hampir sama seperti membela manusia. Pasti ada sahaja masalah berkaitan dengan kucing akan dihadapi.

Pasangan ini merasakan perkara utama dalam menjaga kucing adalah kebersihan terumatanya jika hidup berjiran. Perlu menitik beratkan hati jiran juga terutamanya berkaitan dengan tempat kucing membuang air besar.

“Justeru, kebanyakan kucing peliharaan saya semuanya tinggal di dalam sangkar dan jika dibiarkan bebas hanya di halaman rumah.

“Saya tidak membiarkan kucing ini berkeliaran sesuka hati, malah saya akan mencarinya jika terlepas dan membawa pulang kerana tidak mahu mengganggu kehidupan jiran.

“Setiap hari saya akan membasuh sangkar dan memandikan kucing agar sentiasa bersih dan saya dalam perancangan membina tempat kucing yang seakan hotel bagi pusat penjagaan kucing di bahagian tepi rumah,” katanya

Abdul Samat akan menambah lagi jumlah kucing yang dibelanya tak lama lagi. Malah berharap Impian untuk membuka pusat penjagaan kucing itu dapat tercapai. Di masa akan datang beliau juga akan mengenakan bayaran yang berpatutan pada pemilik kucing yang ingin meninggalkan kucing mereka di situ.

Berikutan kos yang diperlukan untuk membeli makanan dan susu untuk anak kucing agak tinggi. Abdul Samad memang memerlukan dana untuk pusat pengajaan kucingnya itu. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *