Lelaki gantung diri dengan wayar seterika untuk puaskan isteri.

Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci kereta ditemukan mati tergantung dengan wayar seterika.

Kejadian berlaku di dalam bilik sewanya di Lorong Ibnu Hisham, Tanjung Batu Laut, Tawau Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.31 pagi.

Menurut saksi, si mati memang ada menyatakan akan membunuh diri supaya isterinya berpuas hati. Si mati dan isterinya mempunyai masalah rumah tangga, katanya kepada Bernama.

Mangsa yang berusia 35 tahun mempunyai empat orang anak. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.