Lelaki jenis ‘lupa daratan’ seperti ini tidak patut dijadikan bakal suami

20/01/2017 – Rakyat Malaysia sering disajikan dengan cerita atau kisah-kisah lelaki ditinggalkan kekasih, tunang atau isteri kerana sanggup mengejar lelaki yang lebih kaya bukan?

Wanita-wanita seperti ini sering kali disifatkan sebagai seorang wanita materialistik. Tidak memandang pada rupa paras, tetapi hanya memandang pada ‘poket tebal’ lelaki itu.

Malah, terdapat beberapa kajian di luar negara juga telah membuktikan ramai wanita yang sangat materialistik. Beberapa video kajian seorang lelaki mendekati wanita untuk ‘berdating’ ditolak secara mentah-mentah oleh wanita itu.

Tetapi, apabila menyedari lelaki itu memiliki kereta mewah dan kaya, wanita itu sanggup untuk mengikuti lelaki itu ke mana sahaja lelaki itu ingin membawanya.

Namun begitu, nampaknya kajian itu tidak seratus peratus menunjukkan semua wanita seorang yang ‘mata duitan’. Beberapa Tweet di Twitter oleh golongan wanita telah menafikan dakwaan mereka lebih memandang lelaki kaya.

Tular tweet wanita menjadi mangsa ditinggalkan lelaki apabila lelaki mula hidup mewah dan senang. Waktu lelaki itu susah dan tidak mempunyai apa-apa, wanita sentiasa berada di sisi.

Tetapi, apabila lelaki sudah mula hidup senang dan lebih mewah, wanita yang berada bersamanya ketika susah sering ditinggalkan untuk mencari wanita yang lebih cantik dan seksi.

“Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa manakala kesetiaan lelaki pula diuji saat dia memiliki segalanya”, tulis salah seorang pengguna laman sosial.

Tidak semua lelaki yang ‘lupa daratan’ dan tidak semua wanita yang ‘materialistik’. Pilihanlah pasangan dengan melihat agamanya, baik agamanya baik jugalah pasangan itu akan menjaga pasangan mereka. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *