Lelaki melayu maki hamun Tuhan sebab turunkan Hujan..

25/01/2017 – Kebelakangan ini, hujan lebat sering membasahi bumi. Malah di negeri Kelantan, Terangganu, Johor, Perak dan Pahang sedang dilanda banjir disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti sepanjang hari.

Pasti ada sahaja manusia yang merungut dan mengeluh hanya kerana hujan. Disebabkan keluhan ini juga manusia seperti mengeluh dengan nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita.

Hujan dianggap satu masalah, namun apabila musim kemarau manusia minta pula diturunkan hujan. Manusia memang tidak pernah puas dengan nikmat yang diberi pasti akan merungut dan mengeluh.

Menerusi akaun facebook, seorang lelaki telah memuat naik status mengeluh apabila setiap hari mahu pergi kerja terpaksa menempuh hujan.

Lebih mengejutkan lelaki itu menyifatkan ‘siapa’ yang menurunkan hujan ini tidak pakai otak.

“Dah hujan lagi, tiap kali aku nak gerak balik, hujan hujan hujan. Bodoh betul siapa yang turunkan hujan ini memang tak pakai otak.

“Kau tak tahu aku naik motor, kalau hujan basahlah aku. Stop dulu hujan sampai aku tiba ke destinasi,” tulisnya.

Sementara itu, netizen mengecam hebat lelaki ini dan menyifatkan lelaki ini gila. Hujan ini bukan ‘alat’ yang boleh diminta berhenti sesuka hati.

Tidakkah kita terfikir bahawa hujan ini adalah saru rahmat. Banyak manfaat yang dapat diperolehi melalui nikmat hujan. Dengan diturunkan hujan ia dapat membersihkan udara, menyuburkan tanaman, dan membekalkan air ke empangan. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *