Lelaki Teruk Diseksa Majikan Kerana Tidak Capai target Jualan di Johor.

12/01/2017 Johor Bharu – Gara-gara tidak dapat mencapai ‘target sale’ menjual haruman kereta, seorang pemuda berusia 21 tahun telah didera teruk oleh majikanya di Taman Johor Jaya di sini.

Lelaki itu dipercayai telah menjadi mangsa dera majikan itu apabila sering dirotan serta dipukul jika tidak mencapai target jualan yang diingini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri ABd Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku di bangunan rumah kedai di Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya yang dihuni oleh mangsa bersama keluarga majikannya.

Malah, beberapa keping foto mangsa telah didera oleh majikannya itu telah tersebar di laman sosial. Rata-rata netizen meninggalkan komen berang dengan tindakan kejam yang dilakukan majikan itu pada pekerjanya.

“Ini manusia bukan binatang nak pukul dan dera. Kalau buat laporan polis, majikan dia mesti kena masuk penjara sebab dera orang,” komen seorang pengguna laman sosial.

Perbuatan majikan itu didakwa telah terbongkar apabila keluarga mangsa berkunjung ke kediaman berkenaan dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada keluarga mangsa semalam.

“Mangsa yang sudah diselamatkan ahli keluarga kini menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Polis menyisat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mencederakan dengan senjata) dan hingga kini belum ada sebarang tangkapan kerana suspek bersama keluarganya bertindak menghilangkan diri,” katanya.

Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi talian Hotline Polis Kontinjen Johor atau Hotline Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *