Lim Kit Siang Malu Mengaku Keturunan Chin Peng



06/01/2017 – Dalam satu sidang media di Wisma DAP Jalan Ranggon, Georgetown, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah salah seorang sepupu kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menafikan juga beliau sepupu kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut berkata, beliau sendiri tidak mengetahui bagaimana namanya terpalit dengan kedua-dua pemimpin tersebut, sedangkan Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang dilahirkan di Sitiawan, Perak adalah berketurunan Hockchia.

Persoalannya sekarang ini ialah, mengapa Kit Siang begitu beria-ia untuk menafikan beliau adalah keturunan dua ‘Tokoh Popular’ kaum Cina tersebut? Bukankah selama ini kedua-dua ‘tokoh’ berkenaan sangat disanjung dan dipuja-puja oleh pembangkang di Malaysia?

Sepatutnya Kit Siang harus berasa sangat bangga apabila dikatakan dari keluarga dua tokoh berkenaan. Kit Siang juga harus berterima kasih kepada individu yang menyebarkan perkara tersebut di laman sosial Twitternya.

Selama ini, bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew telah menjadi idola kepada Ketua Menteri DAP Pulau Pinang. Gaya pentadbiran Kuan Yew juga dikatakan menjadi ikutan dan juga panduan bagi pemimpin-pemimpin DAP di Malaysia.

Tak keterlaluan dikatakan, cina-cina di Malaysia juga lebih mengagumi Singapura dan Kuan Yew yang mereka dakwa lebih hebat, menarik serta aman makmur berbanding negara sendiri. Jika Kuan Yew itu merupakan saudara Kit Siang, memang sewajarnya dia berbangga!

Begitu juga dengan ‘Tokoh Popular’ iaitu Chin Peng. Biarpun Chin Peng lebih sinonim dikaitkan dengan keganasan sebelum negara ini merdeka, Kit Siang harus ingat bahawa ada juga orang-orang melayu yang menyanjung tinggi ideologi ‘perjuangan’ Chin Peng tersebut.

Rakyat masih lagi ingat bagaimana seorang bekas pemimpin PAS yang begitu beria-ia mempertahankan ideologi komunis sehingga beliau membuat dakwaan kumpulan berkenaan lah yang bertanggung jawab memerdekakan Malaysia.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa tak ada sebab untuk Kit Siang berasa malu dan jauh hati bila dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan kedua-dua tokoh berkenaan. Walaupun didunia sebenar mereka bukan bersaudara, tetapi dari segi kaum, mereka semua tetap juga cina!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *