Lim Kit Siang tak nafi mahu jadi Timbalan Perdana Menteri.

26/01/2017 – Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak menjawab desakan rakyat mengenai cita-citanya untuk menjadi TPM, sebaliknya beliau beranggapan bahawa cita-cita tersebut bukanlah satu kesalahan jenayah jika ianya dilakukan.

Bercakap kepada media di sini semalam, Penasihat DAP itu juga mempertikaikan keperluan untuk bersumpah bagi menunjukkan beliau tidak mahu jawatan didalam kepimpinan tertinggi negara sekiranya Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Beliau juga tidak mahu melayan karenah mana-mana pihak yang mempersoalkan mengenai dakwaan berkenaan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk DAP tersebut walaupun ianya kini semakin diperkatakan oleh kebanyakan rakyat.

Sambil menyifatkan Pegawai Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad sebagai kebudak-budakan, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempersoalkan cabaran Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu kepada beliau.

“Ini permainan kebudak-budakan. Saya nak tahu siapa yang arahkan beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu?” kata Kit Siang.

“Beliau membuat kenyataan itu seolah harapan menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri satu jenayah besar.”

Sebelum ini, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Tun Mahathir mendedahkan bahawa DAP meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional didalam pilihanraya umum.

Bagaimanapun Mahathir kemudiannya menarik balik semula kenyataan tersebut dan menuduhmedia memutarbelitkan kenyataan beliau untuk tujuan jahat. Selang beberapa lama, Mahathir menuduh pula MCA yang sebenarnya minta jawatan tersebut dari BN. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *