Lim Kit Siang terbukti seorang yang Penakut dan Bacul..

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menggelarkan Penasihat Dap, Lim Kit Siang sebagai bacul dan penakut.

Ini kerana keengganannya untuk menyaman bekas Timbalan Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mendakwa wujudnya pakatan rahsia antara Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Alasan yang Kit Siang beri kononnya dia tidak berminat untuk berurusan dengan individu yang tiada dan sudah hilang kehormatan, kredibiliti dan tidak layak dihormati. Hahhh! Alasan yang Kit Siang beri menunjukkan dirinya sebagai dangkal dan bacul.

Yang bakal disaman dan mencabar untuk menyaman dirinya adalah Tunku Aziz… Tetapi lain pula jadi apabila Kit Siang nak saman pihak media yang kononnya dijadikan kambing hitam. Padahal tugas media hanya melaporkan dakwaan Tunku Aziz… Bukannya dorang yang keluarkan kenyataan tersebut.

Lebih mengaibkan diri Kit Siang adalah bila dia hanya memilih untuk menyaman akhbar dan media massa yang dikatakan pro kerajaan… Sedangkan akhbar pro pembangkang Kit Siang tidak saman. Hahaa! Kenapa pilih kasih pulak? Kalau nak saman kenapa tidak saman je semua media yang keluarkan laporan mengenai perkara tu? Ni main pilih-pilih pulak.

Jika dahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap portal pro pembangkang… Beliau dituduh sebagai pemimpin yang menyekat kebebasan media. Tapi sekarang ni bila terkena batang hidung sendiri takde pulak dorang cakap sekat kebebasan media… Sebaliknya media pulak yang menjadi mangsa.

Sepatutnya Kit Siang saman Tunku Aziz kerana dia yang mengeluarkan kenyataan tersebut… Tapi kenapa Kit Siang tidak melakukan sedemikian?? Mungkinkah Kit Siang takut tembelang sebenarnya akan pecah?? Dia takut cerita sebenar akan terbongkar di mahkamah jika langkah menyaman Tunku Aziz diambil.

Kerana itu Kit Siang tidak berani untuk mencuit Tunku Aziz… Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang itu sekali lagi mencabar Kit Siang supaya menyaman dan membuat akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Tunku Aziz itu tidak benar.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *