Lord Fakri Is Back!!!



04/01/2017 – Kelibat pemain bagi pasukan bola sepak negeri Kedah, Ahmad Fakri Saarani yang sebelum ini menerima pelbagai kutukan dan hinaan dari penyokong skuad Hijau Kuning, kini menjadi sebutan apabila memperagakan aksi berbisa untuk perlawanan pra musim pasukan Kedah pada tahun ini..


Berbeza dengan sebelum ini apabila Fakri ditempatkan di bahagian sayap… Persembahan dan penampilannya untuk skuad Hijau Kuning dilihat hambar dan langsung tidak memberangsangkan. Akan tetapi, penampilan terbarunya di bahagian serangan dilihat agak berbisa. Nampaknya ‘Lord Fakri is back!!’

Jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe membuat percaturan baru dengan meletakkan Fakri di bahagian serangan bergandingan bersama pemain serangan yang lain seperti pemain import, Ken Ilso Larsen. Percaturan baru itu dilihat membuahkan hasil setakat ini, apabila skuad Kedah telah menang empat perlawanan persahabatan mereka untuk aksi pra musim tahun ini.

Dalam perlawanan tersebut Fakri dilihat begitu menonjol kerana telah berjaya menyumbat lima gol sepanjang aksi pra musim bersama Kedah. Walaupun dihentam hebat oleh penyokong pada musim lepas.

Kini Fakri membuktikan bahawa dirinya juga mampu menyinar, dan yang paling penting Fakri mahu membuktikan bahawa dirinya mampu menggantikan tempat penyerang Thiago Augusto. Sekarang ini Fakri hanya perlu diberi kepercayaan dan peluang bagi membuktikan dirinya juga mampu berbakti untuk pasukan Kedah.

Sebelum ini persembahan Fakri dilihat begitu hambar dan kurang menyerlah… Mungkin kerana dia ditempatkan di posisi yang salah dan tidak sesuai. Keberanian Fakri di bahagian serangan pada musim ini dilihat mampu membuahkan hasil yang positif. Harap Fakri kekalkan momentum sedemikian sehingga ke akhir musim 2017. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *