Mahathir Harus Sedar Pelabur China Di Malaysia Guna Pakai Dasarnya

17/1/2017- Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Jason Teoh mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya sedar bahawa jika pelabur China menerima kewarganegaraan, ia adalah kerana pelaburan mereka di bawah dasar yang diperkenalkannya.

Jason berkata, pelabur bagi projek pembangunan Forest City di Gelang Patah berbuat demikian di bawah program ‘Malaysia Rumah Kedua’ yang diperkenalkan oleh Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri.

Program ‘Malaysia Rumah Kedua’ dilancarkan pada tahun 2002.

Program tersebut membolehkan warga asing yang layak untuk tinggal di Malaysia selama mana yang mereka mahukan dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Selian itu, setiap pas lawatan sosial dikeluarkan untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui.

Pembelian hartanah bukan pra-syarat untuk melayakkan diri warga asing dalam program tersebut dan mereka yang memohon dibenarkan untuk membeli harta kediaman mengikut harga minimum setiap negeri.

Di Johor, warga asing yang menyertai program ‘Malaysia Rumah Kedua’ dibenarkan untuk membeli hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.

“Oleh itu, Mahathir sendiri tahu sama ada pelabur China akan dengan mudah diberi kewarganegaraan Malaysia dan sama ada kerajaan Johor menjual tanah kepada mereka,” katanya.

Jason yang juga Ketua MCA Bahagian Gelang Patah berkata demikian selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas Mahathir kerana bersikap oportunis mengenai pelaburan China di Forest City.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *